Sunday, December 7, 2008

~...musafir...~


bismillah~


Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya...pujian ini tak sebanding limpahan cinta kasih-Nya buat hamba yang sentiasa menagih belas kasih sayang dari-Nya...

menyoroti dan mentadabbur semula pengalaman sekitar pemusafiran menjadikan diri sedikit keliru dalam cemburu, teruja mencari hakikat maknawi kalam insani...


Dua,tiga minggu lepas di saat kawan-kawan tidak sabar pulang bercuti ke rumah, ana pula merangka-rangka agenda di dalam kepala. Antara kewajaran turut serta dan kemampuan menyertai setiap program yang bakal ditelusuri sepanjang cuti. Setiap langkah pasti terlebih dahulu memberitahu ibonda tercinta moga redha ibonda memudahkan lagi perjalanan musafir sendirian kerana itulah kunci redha Tuhan.


Antara amanah, peranan, dan tuntutan...semuanya memerlukan kesungguhan dalam keikhlasan. amanah diri yang mengaku dae', peranan diri yang inginkan pengislahan dan apa yang utama tuntutan kepada mereka yang mengaku beriman. Percaturan hidup setiap manusia bercorakkan variasi kehidupan walaupun motif, dasar dan keperluan menyamaratakan namun

bicara dan amal yang membezakan menunjukkan infinitinya kemahuan.


Kadang timbul rasa cemburu bersulam kecewa dengan kaum yang berjantina bertentangan kerana kebolehcapaian mereka dalam meraih sebanyak-banyaknya ilmu dari para ilmuan yang semestinya sama gen. Kebatasan diri sebagai muslimah yang mempunyai had dalam mendampingi para ulama, ditambah lagi dengan kemampuan akal dalam mengadun ilmu, namun keghairahan untuk terus mencari walau merangkak mentafsiri tetap tegar bersemi disanubari.

Wahai kaum Adam dan Hawa, bangkitlah dari lena yang panjang...aku kecewa dengan kalian yang tak merebut masa muda sebelum tua, aku kesali dengan sikap kalian yang tak menyedari masa lapang sebelum sempit, aku juga kasiankan kalian yang lupa akan masa senang sebelum sakit kerana aku juga khuatiri masa hidup sebelum mati pasti terjadi...


Musafir ini bicara lagi...

Tentang perjalanannya, walau tiada apa yang dapat dibanggakan tapi perjalanan ini penuh penghargaan hadiah dari Tuhan...

Mungkin buat mereka dapat dijadikan panduan yang hanya sedikit berbanding tauladan.


Sunnah itu acuan...

jika benar kuih yang mahu dimasak berbentuk bintang,

kenapa beracukan bulatan?

jika benar mahukan masakan yang dimasak sama dengan resepi Chef yang menciptakan,

kenapa perlu perisa tambahan...

kerana aslinya resepi sudah bertukar rasa..

sekalipun sedap lidah sendiri yang merasakan namun tetap tidak sama dengan asalnya ia dicipta...


buat musafir kasih...

teruskan pengislahan..tapi jangan sesekali alpa dari talian dan landasan...

talian itu penghubung cinta iLLahi,

landasan itu jalan untuk engkau telusuri,

carilah makna dalam setiap hentian,

kerana kadang 'traffic jam' yang engkau hadapi bukan untuk melewatkan engkau ke destinasi, tapi untuk engkau memerhati jika ada bekalan yang tercicir di perjalanan...


korban itu sebahagian dari pengislahan...

korbankan cinta duniawi demi cinta kasih iLLahi,

korbankan masa dan jiwa demi meraih redha-Nya,

sememang sifir kehidupan begitu,

tolak api tambah air...


buat mereka yang mengerti,

sama-samalah istiqamah dan istimrar dalam memburu cinta iLLahi,

tetapi AwAs ya Ukhti wa Akhi...

kita bukan sekadar pewarisi tapi pengkaji warisan...

hidupkan "arus Tajdid" moga Tsunami yang melanda

bukan tanda korban petaka tapi tanda korban kasih sayangnya Sang Pencipta...


~ana yang cuba mengerti~

.:ez_musleh

10 Zulhijjah 1429:.



1 comment: