Saturday, September 19, 2009

~...cerpen Ramadhan : MeNCaRi AL-LaiL...~



“Shah, aku tengok kau ramadhan nie tiap-tiap malam tak tido kat bilik, kau tido mana?” Zaid bertanya kepada teman sebiliknya, Ukashah.

“Eh, kau perasan bulan ramadhan nie je ker, bukan sebelum nie aku memang jarang duk kolej.” balas Ukashah.

“Takdelah aku saje tanya mana taw kau da mula berikhtikaf sempena 10 ramadhan terakhir nanti, ajaklah aku yer”

“Aduyai, temanku apasalah begitu berseni bahasamu, cakaplah direct nak ikut aku berikhtikaf, lain kali takyah tanya soklan pelik-pelik cam tadi.”

“he..he..pelik sangat ka…biasalah intro perbualan.”

………………………………………………..

Ukashah dan Zaid merupakan teman sebilik di Kolej kediaman Universiti Pentarbiyahan Super Insani. Sememangnya Ukashah yang baru beberapa bulan dikenali oleh Zaid adalah seorang yang berkomitmen dan beriltizam tinggi dalam menuntut ilmu syar’e dan mengamalkannya sekalipun dia bukan pelajar aliran agama. Sedikit sebanyak Zaid juga terkesan untuk memperbaiki diri.

………………………………………………………….

“Zaid, kau da solat terawikh belum?” Tanya Ukashah

“Aku ada kuliah ganti tadi tak solat lagi” balas Zaid

Okies tak pa, aku pun ada kuliah ganti tadi, kita jemaah sama nanti.”

Orait je, tapi kau lah imam.”

“Insya Allah, kita solat pukul 3 pagi nanti boleh?”

“Bagus juga sepertiga malam waktu yang lebih afdalkan ustaz Shah? Tapi kau kejutkan aku yer”

……………………………………………………………….

“Shah kenapa kau solat terawikh tadi tak baca selawat?” seusai solat witir Zaid mengajukan pertanyaan.

“Owh, seperti yang dibaca di surau kolej dan masjid-masjid lain kan, sebenar zikir, selawat dan doa tersebut tiada dalil dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah shalallahu alayhi waSalam.” Jawapan Ukashah

“Tapi itu kan baik” Zaid menunjukkan ketidakpuasan terhadap jawapan Ukashah

“Memang zikir,doa dan selawat itu baik, tapi waktu yang khusus seperti selang antara dua solat terawikh itu belum tentu baik bagi Allah Taala dan Rasul shalallahu alayhi waSalam, kalau baik sudah pasti Allah Taala dan Rasul shalallahu alayhi waSalam telah menganjurkan sehingga dilaksanakan sepenuhnya oleh generasi awal seperti para sahabat, thabi’in dan thabi’ut thabi’in.” jelas Ukashah panjang lebar..

“Owh..memang tiada dalam hadith ke?” Tanya Zaid lagi.

“Yer, tak da dalam hadith yang sahih. Kerana sesuatu ibadah itu mesti bersandarkan dalil sahih dari nabi shalallahu alayhi waSalam .” tegas Ukashah lagi.


“Ok..lagi satu da lama aku nak tanya, kau solat selalu gerak-gerakan jari semasa tahiyat awal dan akhir mesti ada dalil kan?”

“Na’am, dalam sifat solat nabi ada diterangkan secara jelas dengan dalil sahih. Aku ada buku sifat solat nabi kat rak buku tu, ambillah baca nanti, video praktikal pun ada, nanti boleh kau tengok”

“Terima kasih Shah..”

“Zaid lagi 15minit nak azan, jom kita sahur”

………………………………………………………….

“Zaid nie malam ke 21 nak ikut aku berikhtikaf tak?” pelawa Ukashah pada Zaid.

“Alamak Shah, maaf sangat aku ada assignment kena antor lusa, ada baki 9 malam lagi kan, nanti aku ikut kau.”

………….

“Shah pinjam motor kau jap, aku nak beli tiket balik raya petang nie.”

“Eh, kau cakap nak ikut aku ikhtikaf malam nie , malam ke 23 ari tue pun kau tak dapat ikut, awal kau nak balik kuliah da tak de ke minggu nie.”

“Aiseh, ye tak yer la…napelah aku nie banyak sangat halangan nak jadi baik macam kau, aku kena temankan adik perempuan aku balik kampung kali nie. Tak dapat aku join kau. Insya Allah aku buat kat masjid kampung aku.”

“La ba’ sa, moga kau kuat semangat dan kita sama-sama peroleh petunjuk dan hidayah dari Allah Taala. Cari jangan tak cari malam lailatul qadar, rugi kita nanti.”

“baik, Ustaz Ukashah, insya Allah. Tolong doakan aku nak jadi baik macam kau.”

“Eh, jangan jadi macam aku, aku pun banyak keburukan, jadilah macam Rasulullah shalallahu alayhi waSalam.”

………………………………………………………………

Aktiviti kebiasaan Zaid selain bersenam di awal pagi adalah membaca surat khabar. Pagi tersebut entah kenapa dia berasa begitu semangat ke kedai membeli surat khabar kerana kebiasaan ayahnya pasti tidak pernah lupa membelinya. Tiba di ruangan utama akhbar Zaid tergamam…

‘MAHASISWA MAUT PULANG DARI MASJID- BERITA HARIAN

IPOH 17 Sept – Seorang mahasiswa sebuah IPT di sini maut setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan antara motosikal dengan sebuah lori. Mangsa Ukashah bin Muhammad yang berumur 23 tahun mati sejurus sampai di Hospital Besar Ipoh. Saksi kejadian melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi berpunca dari pemandu lori yang hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar motosikal yang baru keluar simpang dari Masjid Jamek Abu Bakar….. ‘

Innalillahi wa inna illahi rajiun…Ukashah moga kau tenang di sana, pasti kau telah temui malam kecintaan yang kau tunggu-tunggu…Zaid bermonolog sendirian lalu tanpa dapat ditahan airmata lelakinya berguguran juga…

“YA ALLAH, ampunilah dirinya, berikan rahmat-MU kepadanya, selamatkan dirinya dan ampuni dosa-dosanya, muliakan dirinya dan luaskanlah kuburnya. Cucilah dirinya dengan air, es dan embun, lalu bersihkanlah dirinya dari segala kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda. Berikanlah kepadanya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, teman yang lebih baik dari temannya, masukkan dirinya ke dalam Jannah, dan peliharalah dirinya dari siksa kubur dan siksa Neraka.” (Diriwayatkan oleh Muslim II/663.)



oleh : Ummu Sumayyah Azizah Jabar
29 Ramadhan 1430
BentongPahang

No comments: