Thursday, September 24, 2009

~..mencari ‘spirit’ yang hilang…~



Rupanya mencari batinan itu bukan semudah mencari zahiran,

Sememang fitrah fizikal itu lebih teruja berbanding spiritual yang dipandang enteng,

Berada di ambang pengakhiran pengajian akademik ini benar-benar menguji jiwa,

Bukan secara fizikal dengan banyaknya tugasan, tetapi ‘spiritual’ beratnya menjalankan amanah…

Bukan kerana amanah diberi sangat besar dan berat kerana ianya secara asal tuntutan kifayah…


Walhal yang wajib diemban masih bertatih di batasan…

Hanya kerana asal tujuan medan yang dipilih untuk mendekati masyarakat…

Medan ini juga yang dipohon dalam setiap bisikan apabila dahi dan hidung bertemu bumi…

Namun, apabila cinta itu beralih pada tuntutan Ain yang sangat menguja naluri,

Hanya desakan dan paksaan menginjakkan diri agar terus berlari di sisa arena kifayah ini.


Kemana perginya semangat dulu,

Yang mahu bertugas di medan Tarbiyyah sekular hanya untuk dekati rebung-rebung hijau agar sempat dilentur,

Kemana hilangnya jiwa muslimah itu yang tekad bertukar medan demi cintanya pada tunas-tunas harapan negara,

Mengapa lemahnya jihad mujahidah itu, sedang sedirinya lebih gencar dilihat daripada bersamanya dalam barisan…


Jawapannya kerana jiwanya ketandusan embunan Tarbiyyah Rububiyah,

Aqalnya nipis mahu menyelami lautan ilmu Syar’e,

Spiritual hanya muncul di taman-taman syurgawi,

Hatinya tidak mahu dikotori dengan pendidikan sekularisme…


Aduhai hati…

Aduhai jiwa..

Aduhai Sang Pemburu Mardhatillah…

Tabah dan sabarkan diri…

Menyedari ianya amanah ILLAHI teruskan larian kerana arena akademik ini telah hampir kau sampai pada kemuncaknya,

Biarpun nilaian duniawi masih banyak tingkat perlu kau daki,

Tapi spirit dirimu tiada di arena ini…


Biarpun apa sangkaan manusia,

Walaupun harapan dan impian kau berbeza dengan harapan mereka,

Harapan yang pasti sandarkan saja pada-NYA,

Bangunlah wahai jiwa…

Ke mana, di mana perginya ‘Spiritual’ itu

Wahai sahabat nasihatilah aku…..


“Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat), sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar “ ( QS Al-Baqarah 2: 153)

1 comment:

asyrafdinie said...

Sesungguhnya kata2 yg terbaik adalah Kitabullah dan Sebaik2 petunjuk adalah petunjuk Nabi saw..Wallahua'lam.