bismillah~
Kecelaruan 1
Aisya: kenapa Chik pagi-pagi pakai baju labuh?
Aisya yang berumur tujuh tahun bertanya kepada mak chiknya yang memakai jubah dan tudung labuh. Mereka sedang bersiap untuk keluar bersarapan bersama baba dan mama aisya.
Achik : ooo, kan aurat kita tiada had musim. Aisya ada belajar kat sekolah kan had aurat kita tetap sama yang boleh di buka muka dan tapak tangan kan? Ada ke pagi boleh buka sini, petang kena tutup sini, malam kena buka sini? Ada ka?
Aisya sambil tersenyum : tiada
Mak chiknya terus bersiap menunaikan solat dhuha, dalam masa yang sama aisya yang mula tadi memakai t-shirt lengan pendek dan seluar tiga suku yang dipilihkan oleh mamanya terus membuka semula almari mencari tudung. Disarungnya tudung dikepala sambil melihat cermin lalu, merasakan tidak kena dengan lengannya lalu mengambil jaket lengan panjang.
Apabila dilihat oleh mama aisya…..
Mama : la kenapa pakai macam nie, kan mama da pilihkan baju yang sesuai. Da pakai baju nie yang nie tak yah pakai (sambil tangan mama mencabut tudung dari kepala anaknya)…kan mama da cakap tempat tu panas nanti tak selesa pakai tebal-tebal.
Aisya yang baru berusia tujuh tahun akur dengan bebelan mamanya. Mak chiknya pula hanya mampu mendoakan agar taufik dan hidayah Allah Taala mencurah dalam keluarga kak longnya. Sedih dan terkilan di hati makchiknya hanya Allah Taala yang tahu. Aisya dihantar ke sekolah rendah agama Alhamdulillah banyak teori dan input diawal usia dipelajari, tetapi sayang ibu bapanya tidak membantu anak mempraktikalkan agama di rumah. Jika anak-anak yang masih kecil dibezakan aurat ikut musim, tempat dan waktu maka, tiada bezanya fesyen barat yang buka musim panas dan tutup musim sejuk. Wahai mukminah, panas lagi api neraka Allah.
Kecelaruan 2
Ibu : kakak jom teman ibu pergi pasaraya beli barang.
Aina : baiklah ibu, sebentar aina tukar baju.
Aina seorang gadis yang baru meningkat remaja sangat berminat mengenakan tudung labuh. Walaupun belum berkesempatan memakai Aina akan pastikan setiap kali keluar rumah dapat menutup aurat dengan sempurna. Berbeza pula dengan ibunya yang masih tidak bertudung kerana merasakan usianya masih muda.
Ibu : Ala, buat apa pakai baju macam nie, malu ibu bila jumpa kawan-kawan. Aina kan masih muda inilah masa kita nak bergaya dengan pelbagai fesyen baru. Kan ibu ada beli banyak baju yang sesuai untuk aina. Kenapa tak pakai? Aina muda lagi tak pakai tudung pun tak pa, da tua-tua nanti kita baru pakai macam nie.
Kecelaruan 3
Datin 1 : Ridani I tengok You nie kan tak macam usia sebenar You la.
Puan Sri : kenapa ada yang tak kena ka?
Datin 1 : tak delah, You nie kan muda lagi pakailah seperti pakaian yang mengambarkan usia You.
Puan Sri : macam mana tuh?
Datin 1 : lepas lunch nie You ikut I pergi shopping nanti aku ‘touch-up’ kau. Ha, tengok macam I nie barulah Datuk tak cari perempuan lain…
Datin dan Puan Sri nie pun pergilah ke ‘shopping complex’ yang ternama di ibu kota.
Puan Sri Ridani berasal dari kampung dan sudah 10 tahun bersuami dengan ahli perniagaan.
Watak kekampungannya menjadikan dirinya tidak pandai berfesyen. Berbeza dengan Datin Lisa yang merupakan orang Bandar yang sudah sebati dengan fesyen dan barangan jenama. Usia Puan Sri Ridani ialah 30 tahun dan usia Datin Lisa 47 tahun.
Datin 1 : ha, kan cantik You pakai baju nie.
Puan Sri : ish, malulah I nak pakai kat dalam dalam rumah bolehlah.
Datin : baju macam nielah baru nampak kita muda. Tengok pakaian You sekarang tak nampak potongan langsung.
Sambil tangan mengambil tudung ekin lalu menyuakan kepada Puan Sri.
Datin : ha, lepas tu You pakai tudung nie. Baru ada kelas. Tapi kalau You nak cantik ikut aku ke salun lepas nie. ‘colour’ rambut I nie pun da lama tak ‘renew’. Kita sebagai wanita nie kena sentiasa cantik depan suami. Barulah suami tak lari cari perempuan lain. Kalau kita pakai terlalu labuh nanti macam orang tua pula. Sekali sekali apa salahnya kita remajakan diri kita dengan mengenakan baju-baju remaja sekarang. Selain menjaga kulit agar tak kedut dan Nampak tua. Body pun kena jaga tau.
Demikian lah beberapa contoh dialog realiti yang berlaku disekeliling. Puas berfikir apa sebenar masalah ibu-ibu dan wanita kini? Ilmu tidak sampaikah atau diri sendiri tak beriman dengan ayat perintah dan larangan Allah Taala. Kecelaruan 1 anak-anak menjadi keliru dengan ilmu agama yang didapat di sekolah dengan amalan di rumah. Kecelaruan 2 anak yang mendapat hidayah Allah Taala cuba digoyahkan dengan hasutan ibu sendiri. Kecelaruan 3 memang jelas nampak dikalangan wanita bersuami apabila berhias untuk suami berlebih-lebihan pula di luar rumah. Lebih sadis, terdapat golongan wanita yang sudah berumur tetapi merasakan kemudaan terletak pada penampilan diri semata-mata lalu berhias bagai ‘rupa yang tak kena’ hakikatnya kemudaan bukan terletak pada penampilan lahiriah tetapi pemikiran dan jiwa yang menyedari ‘ahli Syurga tiada orang tua’….
Sesungguhnya ana yang berkata bukanlah bermakna ana wanita yang sempurna, sekadar perkongsian atas kelemahan ana dalam menyampaikan dakwah kepada kaum muslimah yang ana kasihi… tiada apa yang perlu dibanggakan dengan hidayah yang ada melainkan sebagai hamba yang hatinya bisa dibolak-balikan Al-Rabb maka hendaklah sama-sama kita mengamalkan doa dari nabi shalallahualayhi wasalam ini;
“Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih al-Jami’ no. 7988.
“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari
hati yang tidak takut kepada-Mu, dari jiwa yang tidak tenang, dan dari doa
yang tidak dikabulkan.” HR Muslim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya
ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena
itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Ahzab
[33] : 59)
“…janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah
yang dahulu” (QS Al-Ahzab [33] : 33).
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik.” (QS Al-A’raf [7] : 26)
No comments:
Post a Comment