bismillah~
alhamdulillah, semalam ana diizinkan Allah Taala menjadi tetamu Rumah Sinar Salam, yang terletak di lorong Haji Taib 3, Kuala Lumpur. Sebenar sudah lama ingin berziarah ke sana setelah sahabat ana mempelawa rakan-rakan muslimah ke sana. Sahabat ana menjadi pengajar al-quran di sana secara mingguan. Mungkin ramai sudah tahu akan kewujudan rumah yang menjadi singgahan penagih dadah dan pekerja seks ini kerana telah mendapat banyak liputan media cetak. Fungsi Rumah Sinar Salam ini adalah untuk menghulurkan bantuan pemulihan bagi penagih dan pekerja seks yang mahu pulang ke pangkal jalan. Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat, golongan begini dipandang seperti sampah masyarakat tanpa memberi peluang membimbing mereka kembali ke pangkal jalan.
Penghuni rumah ini terdiri dari kalangan wanita dan juga kanak-kanak 'hasil aktiviti lorong Haji Taib'. Moga Allah Taala memberkati perjuangan Puan Afidah Abdul Latif yang merupakan pengasas dan penyelia Rumah Sinar Salam ini. Apa yang menarik kebanyakkan pelajar yang diajar oleh sahabat ana ini terdiri dari wanita berusia 50 tahun ke atas malah ada yang berusia 65 tahun (layak di gelar nenek, tapi ana sengaja memudakan mereka panggil akak =p)...dan agak sedih juga kerana dikalangan mereka masih terjebak dengan aktiviti di lorong Haji Taib. Namun, alhamdulillah mereka telah tergerak hari mahu belajar mengaji. Moga Sinar Hidayah Allah Taala terus memayungi mereka.
Terdapat juga remaja yang terlanjur dan dibuang keluarga datang menumpang kasih di Rumah Sinar Salam ini bagi meneruskan kehidupan. Sempat ana mengorek sedikit sebanyak kisah seorang wanita berusia 50-an yang masih beraktiviti di lorong Haji Taib. Berasal dari Sabah, semasa berusia 16 tahun melarikan diri ke semenanjung dengan menyeludup masuk ke dalam kapal TLDM, sangat menarik perjuangan mencari kebebasan zaman remajanya yang sanggup duduk menyorok di tangki kapal TLDM selama 3 hari. Maka, apabila tiba di Kuala Lumpur bagai syurga buat dia. Wanita ini berketurunan kadazan dan beragama kristian, setelah beberapa tahun hidup berfoya-foya dengan menumpang di berek polis. Kawan lelaki (anggota polis) tersebut mengajak mereka masuk islam. Setelah diislamkan di Perkim Jalan Ipoh dan mendapat asuhan dalam beberapa bulan, mereka dilepaskan begitu sahaja tanpa bimbingan berterusan, kerana mungkin menyangka mereka boleh 'survive' sendiri.
Sebenarnya ramai muallaf memerlukan bimbingan berterusan terutama wanita. Sayang sungguh nasib wanita ini mendapat suami yang hanya mahu memuaskan nafsu dan dibiarkan tanpa bimbingan lalu wanita ini kembali kepada kehidupannya di lorong Haji Taib sehinggalah dia bertemu dengan Puan Afida yang sering mengadakan sesi 'outreach' kepada penghuni lorong Haji Taib. Rutinan tanpa jemu dakwah melalui 'outreach' yang dilakukan Puan Afida bersama Pengarah Jawi dan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa sukarelawan berjaya menarik hati penghuni lorong Haji Taib ini untuk 'mencari jalan pulang'.
Paling seronok bercampur sedih ana dipertemukan dengan kawan lama semasa bersekolah di Teknik Gombak dulu.
sekian serba sedikit perkongsian, moga Allah Taala izinkan lagi ana menjadi tetamu di Rumah Sinar Salam ini.ameen.
p/s; Huh...berbalik isu tauliah nie adakah Puan Afida dan sukarelawan yang datang membimbing penghuni lorong Haji Taib nie kena minta tauliah??? mujur diluar sempadan Selangor...he3
Sesi pengajaran dan pembelajaran di Rumah Sinar Salam
Comel! =) Adik Aisyah yang mengalami lebihan cecair di kepala menyebabkan kepalanya terus membesar, kesian...selepas dilahirkan diitinggalkan oleh ibunya yang berusia 16 tahun di sebuah hospital. Kini, menjadi warga Rumah Sinar Salam.
No comments:
Post a Comment