Saturday, November 14, 2009

~...Tauliah oh, Tauliah dimana Tauliah...~


Saksi tidak pasti


Oleh Murni Wan Omar



PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.


KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?


TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.


KAMAR: Apa ayat itu?


TARNUZI: Saya tidak pasti.


KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?


TARNUZI: Ya.


KAMAR: (Rujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada hari kejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulis di papan putih?


TARNUZI: Saya tidak ingat.


KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?


TARNUZI: Tidak ada.


KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?


TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.


KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?


TARNUZI: Saya tidak pasti.


KAMAR: (rujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsir Surah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayat ini menerangkan sifat orang munafik?


TARNUZI: Ya.


KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?


TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.


KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?


TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.


KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?


TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.


KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?


TARNUZI: Ya.


KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?


TARNUZI: Tidak boleh.


KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?


TARNUZI: Tidak boleh.


Sementara itu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukan bagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari dari landasan Islam.


NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?


TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.


NAZRI: Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan di dalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan Jais?


TARNUZI: Ya.


Dalam prosiding semalam, Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untuk memberi keterangan dalam prosiding akan datang.

Prosiding bersambung 28 Januari ini.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

komen ;


Berita demi berita, cerita demi cerita dihiasi hujah masing-masing yang selama ini ana hanya lebih suka menjadi pembaca bagi melihat rentak arus dakwah islam di Malaysia. kesian, hebat mana pun ilmu seseorang apalah maknanya tanpa akhlak mulia. Malas nak masuk campur (Komen) isu penangkapan DR.Mohd Asri Zainal Abidin dalam isu ceramah tanpa tauliahnya. Tetapi tertarik dengan laporan akhbar di atas....


Kesian....(tapi agak kelakarlah bila fikir semula)

Mesti pendakyah-pendakyah kristianisasi bertepuk-tangan tak pun geli-hati tengok lawak umat islam nie. adoiii, mana taknya pendakwah islam dah tak boleh berdakwah tanpa tauliah. lagi best mak bapak pun tak boleh ajar anak-anak diorang tanpa tauliah. Maka, memberi laluan mereka 'menTarbiyyahkan' anak-anak islam yang semakin terhakis keimanan dan kegersangan ilmu agama. anak-anak islam nie seterusnya jadi remaja dan ibu bapa pula maka, kejahilan yang diwarisi tersusun dalam bentuk hierarki yang cantik.


Sedangkan Allah Taala dan Rasul Shalallahualayhi wasalam da lama beri tauliah kepada semua umat islam tanpa sempadan iaitu kewajiban berdakwah.



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.‖ (QS. Ali Imraan: 104)



Barangsiapa diantara kalian yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah merubah dengan tangannya, jika ia tak mampu maka hendaklah merubah dengan lisannya, jika ia tak mampu maka rubahlah dengan hatinya (mengingkari kemungkaran tersebut, pent), dan itulah selemah-lemah iman.‖ [HR. Muslim no.49].


Paling kesian ibu bapa tak boleh ajar agama kat anak sendiri? sebab tiada tauliah? lagi dasyat... lepas nie kena 'copy' surat permohonan tauliah banyak...then, bersedialah kebanjiran ibu bapa nak minta tauliah. tak pun siapa yang dapat tauliah tu buat bisnes 'confirm' jutawan segera.


Walhal, tanggungjawab mendidik anak-anak itu tergalas besar dibahu ibu bapa,


'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi' -Hadis sahih riwayat al-Bukhari
no. 1293 dan Muslim no. 2658.



“Ajarlah anak-anak kamu bersolat ketika dia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
(jika tidak solat) apabila telah cukup sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka.” -
Hadis hasan riwayat Abu Daud, no.495.

Kalau dah tahu nak berkahwin dan mempunyai anak sewajibnya ibu bapa melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan anak-anak, rujukan paling best baca buku 'Pendidikan anak-anak menurut islam' -tulisan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan.


Kesimpulan pada laporan berita di atas, tidak perlulah jadi saksi jika tidak tahu, jawapan tidak tahu tu bagus dan penting untuk orang berilmu tetapi dalam menjadi saksi menghalang dakwah islam, malulah pada Allah Taala Yang Maha Mengetahui.


Allahu'alam bisawab~

No comments: