Monday, January 25, 2010

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : I'M BacK To The SchOoL...~








bismillah~



Hampir 4 tahun meninggalkan zaman persekolahan akhirnya kembali semula aku ke sekolah. Tapi kali ini bukan lagi memakai seragam kurung putih berkain biru muda. Terasa baru kelmarin aku ke sekolah untuk belajar kali ini giliran aku jadi pendidik dan pengajar(namun aku tetap pelajar dalam Universiti Kehidupan).


Aku ditempatkan bersama 6 orang lagi pelajar UPSI di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah atau lebih dikenali sebagai Sekolah ‘Four S’ (4S) di Bestari Jaya, dulunya pekan ini dikenali sebagai Batang Berjuntai. Walaupun pekan Bestari Jaya ini dikelilingi ladang kelapa sawit bagai pekan ‘Koboi’ kaum India, Alhamdulillah kami selesa di sini. Apatah lagi bila mendengar cerita dari kawan-kawan yang berpraktikal di pedalaman seperti Sg.Lembing Pahang dan juga Kota Metropolitan bertambah bersyukur kami tapi aku juga sedikit 'jeles' kat mereka sebab cabaran kesukaran itulah ‘cerita best’ yang sepatutnya dirasai oleh semua orang. Apapun di mana sahaja kita diletakkan di situlah tempat terbaik untuk kita.


Dua minggu pertama ini kami kena menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS II). Sepatutnya ROS II ini kami telah selesaikan semasa semester 6 dulu tapi disebabkan rombakan silibus UPSI, ROS 1 dimansuhkan. Kami yang telah menjalani ROS1 ini kena jugalah lalui ROSII tapi digabungkan dengan praktikum. Jadi tempoh praktikum kami di sekolah ialah 4 bulan/16minggu.


Sekolah bertuah yang kami praktikum ini menempatkan 70% pelajar India iaitu mendapat ranking ke-2 dalam senarai pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia yang teramai pelajar India. Tapi majoriti guru di sini Melayu. Pengetua juga seorang wanita melayu yang pernah mendapat anugerah pengetua cemerlang negeri Selangor.


Mula-mula mendengar cerita tentang sekolah ini, macam-macam andaian di fikiranku. Mesti sekolah ini teruk, banyak masalah disiplin dan lain-lain. Rupanya sangkaanku meleset sekali, ulasan yang kudengar dari guru kaunselor ialah pelajar sekolah ini paling tinggi pun kes rokok dan ponteng, itu pun ponteng kelas. Kira sangat baik berbanding sekolah lamanya yang majoriti pelajar melayu tapi kes-kes disiplin mereka melibatkan kes polis. Ermmm, lagi antara komen yang dapat disimpulkan kebanyakkan salah laku di sekolah / jenayah juvana dan sebagainya adalah dimenangi oleh kaum Melayu dengan lebih sinonim lagi anak-anak orang beragama ISLAM.






Minggu pertama ini sekolah mula sibuk dengan aktiviti latihan merentas desa, latihan sukan dan mesyuarat PIBG. Erm, macam biasa bab menconteng dinding (Mural) nie memang sangat aku minati... ROS 1 dulu pun aku telah berjaya meninggalkan karya di dinding Sekolah Kebangsaan Sungai Marong,Bentong.Terlebih rajin bantu Cikgu conteng dinding, terus diberikan 'asingment' kepada ku untuk menconteng dinding-dinding sekolah yang lain sepanjang tempoh kami di sini.hu3 padan muka, tapi best! =p

-bersambung-

....23 Januari 2010

....Taman Pancaran,BesTaRi Jaya

No comments: