Wednesday, January 6, 2010

~...IkLaN ; Pengajian Agama unTuk Orang Awam...~


AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM)

menawarkan ;
1. SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN
2. SIJIL PENGAJIAN HADITH
3. SIJIL BAHASA ARAB

1. SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN

OBJEKTIF

Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka. Antara objektif utama kursus ini :

  • Membimbing masyarakat awam membaca

    al-Qur'an dengan betul (tartil).

  • Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya.
  • Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an.
  • Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat.

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi - 11.00 pagi.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.
  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

TENAGA PENGAJAR
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap modul ialah RM 300.00 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I

Ulum al-Qur'an I

Membincangkan pengertian al-Qur'an, ciri-cirinya, nama-nama Qira'at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Qur'an serta perkara-perkara yang berkaitan.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I

Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Qur'an. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.

Bahasa Al-Qur'an I

Bertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Qur'an serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.

Wirid al-Qur'an

Membincangkan doa-doa terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang muslim merangkumi pengertian doa ma'thurat, kepentingannya, adab, tempat dan masa berdoa.

MODUL II

Ulum al-Qur'an II

Membincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra'yi) dan Tafsir al-lsyari.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an II

Merupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.

Bahasa al-Qur'an II

Membincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Qur'an dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat-ayat al-Qur'an, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Qur'an dan sistem maknanya.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Syakhsiah

Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.

MODUL III

Tafsir Ayat al-Ahkam I

Membincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an III

Lanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Qur’an I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Qur'an, hamzah wasal, hukum lam, isti'azah serta adab-adab membaca al-Qur'an.

Bahasa al-Qur'an III

Merupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Qur’an II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Qur'an, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturanperaturan bahasa Arab.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Masyarakat

Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Qur'an, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.

Your browser may not support display of this image.

MODUL IV

Aqidah al-Qur'an

Menghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama'ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.

Bahasa al-Qur'an IV

Lanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma'rifah, al-mudhakkar dan al-mu'annas.

Praktikal al-Qur'an 1

Merupakan lanjutan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Qur’an. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur’an.

Praktikal al-Qur'an 2

Merupakan kesinambungan dari Praktikal al-Qur’an 1. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur'an.

MODUL V (pilihan)

Bahasa al-Qur’an V

Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Qur’an, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.

Taranum al-Qur’an

Pelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Qur’an seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.

Kaedah Penghafalan Al-Qur’an

Membincangkan kaedah penghafalan al Qur’an merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.

Tafsir Ayat AI-Ahkam II

Merupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui' dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa' (92-93) dan lain-lain.

KELAS TALAQQI & QIRAAT AL-QURAN

Merupakan kelas membaca al-Quran yang dijalankan secara talaqqi oleh pensyarah. Kelas ini adalah terhad dan pelajar perlu diuji terlebih dahulu sebelum layak untuk mengikuti kelas ini.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Cik Ummu Barirah)

Faks : 03-79676030


2. SIJIL PENGAJIAN HADITH

LATARBELAKANG

Pengetahuan berkaitan hadith penting dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai ilmu-ilmu Islam. Menyedari kedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam selain peranannya sebagai penjelas kepada al-Quran, Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam bercadang untuk menawarkan kursus jangka pendek kedua iaitu kursus pengajian hadith.

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

  1. Mendedahkan kepada masyarakat Islam mengenai kaedah memahami hadith-hadith nabi s.a.w.
  2. Membiasakan masyarakat Islam dengan kitab-kitab hadith muktabar.
  3. Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam terhadap hadith-hadith nabi seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan mereka seharian.

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Program ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini mempunyai 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

TENAGA PENGAJAR

Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap modul ialah RM 350.00 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I

  • Autoriti Hadith
  • Pengantar Ulum al-Hadith
  • Kaedah Memahami Hadith
  • Karya-karya Utama Dalam Pengajian Hadith

MODUL II

  • Hadith-hadith Hukum : Taharah & Solat
  • Hadith-hadith Mengenai Akidah
  • Hadith-hadith Mengenai Perkahwinan & Kekeluargaan
  • Hadith-hadith Mengenai Kepimpinan & Pemerintahan

MODUL III

  • Hadith-hadith Hukum : Puasa & Zakat
  • Hadith & Sains
  • Hadith – hadith Mengenai Pembangunan Insan & Masyarakat
  • Hadith - hadith Mengenai Muamalat & Pengurusan

MODUL IV

  • Hadith-hadith Hukum : Haji & Umrah
  • Kajian Hadith Daif & Palsu
  • Hadith-hadith Mengenai Pembersihan Rohani

    ( Tazkiyah al-Nafs )

  • Hadith & Isu Semasa


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Cik Ummu Barirah)

Faks : 03-79676030


3. SIJIL BAHASA ARAB

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

  1. Mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting dalam bahasa Arab seperti kaedah nahw dan sarf.
  2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis dalam bahasa Arab
  3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Kursus ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini mengandungi 3 modul yang dijalankan selama satu semester ( 6 bulan ). Kursus ini akan tamat dalam dua semester.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Arab & Melayu

TENAGA PENGAJAR

Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap semester ialah RM 700.00 sahaja (144 Jam). Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I (QAWAID)

Subjek ini adalah asas kepada kemahiran bahasa arab.Ia adalah pembelajaran yang berkaitan dengan tatabahasa (nahu) contohnya kata nama khas, kata nama am, jenis-jenis ayat dan sebagainya.

MODUL II (MEMBACA & MENULIS)

Subjek ini akan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk membaca dan menulis dalam bahasa arab. Pembelajaran akan lebih mudah dengan pendekatan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

MODUL Iii (MENDENGAR & BERKOMUNIKASI)

Subjek ini bersesuaian dengan objektif sijil ini diadakan. Subjek ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Pembelajaran ini menggunakan pendekatan perbualan ringkas dalam kelas dengan menggunakan topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Puan Noor Afsurizan Mohd Afandi)

Faks : 03-79676030

Your browser may not support display of this image.

No comments: