Thursday, January 1, 2009

~…Bukan kerana nila setitik…~






Bismillah~



Tentu kita biasa mendengar perumpamaan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’
Apa yang hendak dibicarakan penulis di sini bukan isu nila bukan juga susu…tetapi terlebih dahulu suka penulis membicarakan isu hangat bagi umat islam di negara kita iaitu blog yang menghina nabi Muhammad saw. Secara kebetulan malam sebelum akhbar mengeluarkan tajuk blog menghina nabi saw, penulis sendiri telah melawati blog tersebut dan hanya mampu istighfar melihat kekejaman gambaran dan tuduhan terhadap nabi saw dalam blog tersebut dan mendoakan agar penulis blog diberikan hidayah oleh Allah…penulis terus teringat akan isu fitna yang agama islam oleh Geert Wilders…yang merupakan rakyat Belanda. Apa yang menarik reaksi seluruh umat islam bukan sekadar mengutuk individu yang melakukan penghinaan tersebut tetapi turut menghukum negara Belanda dengan cara memboikot barangan Belanda. Malah pelbagai pihak dari NGO, kerajaan dan sebagainya menghantar memorandum membantah penghinaan tersebut. Isu yang ingin penulis mengajak pembaca semua berfikir ialah pemboikotan…teringat penulis akan teguran seorang sahabiah kesayangan apabila penulis dengan senangnya mem’forward’ sms mengenai boikot barangan Belanda, di manakah kewajaran kita memboikot barangan Belanda hanya disebabkan kesalahan seorang sahaja rakyatnya? Malah dalam pada masa yang sama negara Belanda sendiri membantah tindakan/pelakuan rakyat negara mereka. Bayangkan jika kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat negara kita, adakah kita akan memboikot barangan negara sendiri??? Dimanakah kewajaran tersebut? Nah! Hari ini terkena batang hidung sendiri, apabila penghinaan ini datang dari negara kita. Walaupun mungkin blog tersebut hanyalah spekulasi musuh islam dari negara luar yang sengaja mengunakan nama dan gambar gadis rakyat Malaysia. Bayangkan jika seluruh dunia pula , mengutuk negara kita kerana blog tersebut merupakan pemilik rakyat negara Malaysia, di sinilah dikatakan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’…



Masuk pula isu mengenai tuduhan dan hukuman yang sering dan senang berlaku di kalangan umat islam, yang sangat mengelirukan dan mengecewakan ia berlaku dikalangan dae’, ustaz dan pemimpin agama. Kesimpulan penulis mudah iaitu ego manusia merasakan diri sahaja yang betul dan sukar berlapang dada. Nasihat menasihati ke arah kebenaran itu merupakan ciri orang beriman dan beramal soleh seperti firman Allah ;



“Demi masa, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh iaitu berpesan-pesan kearah kebenaran dan berpesan-pesan kearah kesabaran” (Al-Ash 103 : 1-3)



Namun, teguran tersebut hanya ke arah kebenaran tanpa kesabaran sebab itu sering kali dilihat di kalangan para dae’ hanya mudah mengeluarkan hujah untuk menegur kesalahan orang lain hingga terlupa pesanan kesabaran tersebut kepada diri sendiri supaya menegur secara berhikmah, bukan apabila melihat seseorang melakukan kesalahan terus menghukum orang tersebut. Jika orang yang ditegur juga seorang yang cepat melenting maka berlakulah pula hujah menghujah…pelbagai dalil dikeluarkan dengan objektif ‘aku je yang betul,korang semua salah’...wallahu’alam siapa sebenar yang betul…Cuma apa yang penulis kesalkan sikap mereka yang mudah membuat kesimpulan dengan berkata, misalnya ‘begini ker akhlak ahli sunnah?’ ‘begini ker akhlak para dae’…kenapa mengaitkan ahli sunnah dan dae’ dengan kesalahan seorang manusia yang sememangnya tak maksum kecuali para nabi. Mungkin pada perhatian mereka individu tersebut sedang berada dalam kelompok tertentu tetapi wajarkah melabel kelompok sekaligus? Mungkin secara tidak sedar pertanyaan tersebut telah menunjukkan kita mempertikaikan bahawa kesalahan merupakan perkara yang aneh dan ajaib bagi kelompok yang kita yakini kebaikannya. Malah, dalam menilai kesalahan orang lain sering kali kita menafikan kebaikannya…



Kesimpulannya mudah, ingatlah apabila satu jari menunjuk kesalahan orang lain, empat jari lagi menghala diri sendiri….
p/s; nila dan susu apabila dicampur memang takde rasa apa-apa tapi berubah warna. Maka campurlah susu dengan teh,vico, atau kopi kerana bukan sekadar berubah warna tapi sedap diminum.. =)) yum..yum…



.:.SaLaM MuHaSaBaH di awal Muharam.:.
~ezzahmusLeh~
~lembah Bentong yang indah~
~1430~

No comments: