Thursday, January 29, 2009

~…mengubah yang biasa dan membiasakan diri dengan perkara tak biasa-versi lefthanded=p…~


Bismillah~

Alhamdulillah… yes! Hari ini ana telah Berjaya menguasai diri mengunakan tangan kanan untuk memberus gigi…ha3…bunyi macam lawak tapi itulah hakikat bagi orang tangan kiri macam ana.

Sejak dari kecil lagi bila ana menulis mesti akan akan ada kawan-kawan yang menegur…”eh, awak tulis guna tangan kiri yerk?”….hati kecil ana pula sering nakal berkata “ler…da nampak guna tangan kiri tak akan guna kaki pulak…he3”…namun mulut ana pula hormat menjawab “ yer memang tangan kiri, eh baru perasan yerk”…erm, pastu ramai ler yang hairan bin ajaib tengok cara ana menulis yang lain dari pada orang lain…pada ana ia perkara biasa kerana itu yang terbentuk atau terbiasa dari kecil. Mungkin faktor genetik kerana memang mak juga menulis tangan kiri…mujur ana bukan jenis orang yang bertangan kiri sampaikan makan pun guna tangan kiri…huh!...Cuma sedang belajar guna sudu dengan tangan kanan kerana ana memang pegang alat guna tangan kiri kerana tangan kiri lebih kuat dari tangan kanan.setelah menyedari sunnah Nabi mendahului kanan, malah haram makan guna tangan kiri ana…berusaha juga membiasakan diri….erm,mungkin sebab tangan kiri jugalah membentuk cara pemikiran ana, bukan bermakna cara ana bagus, tak…kerana memang tak bagus…ingat lagi sewaktu sekolah dulu setiap kali disoal cikgu mesti ana akan memberi jawapan versi yang sukar difahami cikgu, sampaikan ana pun putus asa nak jawab soalan cikgu kerana pasti jawapan ana tak diterima kerana beliau kena berfikir dulu sebelum menerima. Ana yakin jawapan tersebut betul dan sama je dengan jawapan yang cikgu beri kerana bagi ana tembikai bulat dan tembikai bujur , isinya tetap tembikai…ha3..ana da start merepek.

Walaupun mungkin waktu sekolah dulu ada yang memandang pelik tapi bukan asing,jadi wajar dan normal je.sekarang bila kenal ilmu pemikiran, ana jadi bangga dengan ‘lefthanded’ kerana ana sentiasa dapat mengaktifkan kedua-dua otak kanan dan kiri ana. Sebagai umat islam yang mengikuti sunnah nabi banyak perkara yang dilakukan dengan tangan kanan maka automatik otak kiri sentiasa berkerja, apabila menulis pula ana menggunakan tangan kiri dan otak kanan ana tak boleh berehat kena bekerja juga…jadi moga-moga seimbanglah peranan otak kita…he3

Bercerita panjang lebar isu ‘lefthanded’ nie apa ibrahnyer??? Left handed hanya sebagai analogi yang ana bawa kerana apabila kita mahukan sesuatu perubahan sememangnya kita tak lari dari kena berubah…iaitu membiasakan diri dengan perkara tak biasa dan menyahkan dari perkara yang biasa. Jika seseorang perokok tak nak merokok, dia kena membuang rokok dan membiasakan diri dengan perkara yang boleh menjauhkan diri dengan rokok…jika seorang pelajar nakal nak berubah jadi baik dan cemerlang, dia kena tinggalkan kawan-kawan yang nakal, rajin datang sekolah, tumpu perhatian dalam pelajaran dan sebagainya,…jika seorang hamba Allah, nak jadi baik dan mencintai Tuhannya, dia kena patuh segala suruhan dan tinggalkan segala larangan…

Kita sering lupa bahawa waktu kita mula-mula kenal dunia, kita bukan terus boleh berlari dan berjalan, kita juga lupa kita tidak terus dapat bercakap dan makan….jadi macam mana kita pandai bercakap,berjalan, berlari dan makan tanpa makanan jatuh??? Kerana kita mempraktikkan amalan tak biase kepada biasa…jadi kenapa kita sering menghalang diri dengan menegatifkan diri mengatakan nak berubah itu sukar???sebab kita lupa….

Seperti yang sahabat-sahabat terdekat sedia maklum ana bukan membesar dalam bi’ah islami, ana juga bukan dari sekolah agama malah sekolah budak-budak nakal…dan terlalu banyak kes ‘budak nakal’ yang telah menjadi rekod ana semasa di sekolah menengah. Ana pasti ramai juga sahabat diluar sana mengalami fasa awal remaja dengan pengalaman yang nakal…dan kemuncak kesedaran menjadikan diri dewasa mengenal kehidupan…memang sukar dan menuntut mujahadah yang tinggi…tapi satu je Tips yang penting untuk dikongsi Positifkan mindamu, biasakan diri dengan perkara tak biasa…

Tujuan ana menulis tajuk ini kerana ana sedih terdapat ramai rakan-rakan kita kat luar sana…mengekslusifkan orang-orang baik dan menegatifkan diri untuk jadi baik…padahal hakikat sebenar kita semua sama sedang diperhati dan diuji. Bertambah sedih jika kelompok orang yang baik ini mengasingkan diri dari mendakwahi kelompok yang rasa diri tak baik…jika ada yang segan dengan lelaki yang berserban, berkopiah atau bersongkok…muslimin boleh bertukar penampilan untuk lebih mudah didekati dengan tidak berserban, berkopiah atau bersongkok kerana ia sunnah bukan wajib…tapi bagi muslimah yang bertudung labuh dan berpakaian menutup aurat? Tak akan mahu meninggalkan yang wajib semata-mata mendekati mereka? Tentulah akhlak juga solusinya…Cuma bagi rakan-rakan yang mahu berubah, bukanlah pakaian nilai utama perubahan…kerana yang utama adalah keyakinan kita dalam hidup…iaitu aqidah…periksa semula jika benar kita yakin adanya Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qada’ dan Qadar serta Hari Kiamat adakah tindakan dan amalan kita selari dengan keyakinan kita kepada Allah…jika benar kita yakin akan Allah, Tuhan kita dan mengakui kalimah ‘La illaha ilallah Muhammadur Rasulullah’ maka adakah kita mematuhi perintah Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah???


Sering kali, apabila mahu mendekati dan memotivasikan mereka ana tarpaksa ‘membuka pekung didada’, it’s mean menceritakan kisah silam ana, walaupun menyedari bahawa Allah tidak suka hambanya menceritakan dosa-dosanya atau perbuatan jahatnya setelah Allah menutupkannya…ana hanya mengharapkan moga ada semangat untuk mereka berubah…supaya mereka tahu, pokok pangkal untuk berubah adalah “NAK ATAU TAK NAK”….buat mereka yang berazam untuk baiki diri teruskan usaha walaupun sedikit kerana yakinlah kalian bahawa Allah sedang membawa kalian ke jalan yang terang…jangan jadikan nafsu sebagai alas an, kerana bezanya “MAHU ATAU TAK MAHU”…jangan pula menyangka Allah beri nafsu sedikit je kepada orang yang baik maka diaorang senang jadi baik dan aku nie susah betul nak lawan nafsu, tu sebab aku jadi jahat…wah, alasan yang sungguh unik untuk difahamkan…apa yang pasti perbezaannya lelaki satu nafsu/emosi dan Sembilan aqal…manakala wanita satu aqal dan Sembilan emosi/nafsu…maka kita semua sama…Cuma beza “NAK ATAU TAK NAK”…

Kesimpulannya, ana bukanlah yang baik jauh lagi terbaik untuk berkata sebegini…malah ana bukan pakar motivasi…Cuma mahukan orang lain memotivasi diri kerana motivasi dalaman itu juga mengerakan kalian untuk membuat sesuatu pembaharuan atau kebaikan…di mana juga kita diletakkan yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita Cuma beza mata hati kita terang,kelam, suram atau hitam dalam menilai Tarbiyah dan kasih sayang dari Tuhan…salam mujadahah dan selamat beramal~

.:.30 Muharram 1430
0130
BENTONG.PAHANG.:.


No comments: