Bismillah~
Alhamdulillah….setelah sekian lama menunggu peluang, pada 17-18hb lalu ana berkesempatan menyertai kursus perbandingan agama fasa 1. Sebenarnya sudah lama mendengar program sebegini, jeles sangat bila dapat tahu kursus ini ditawarkan di IPT-IPT lain.
Jika sebelum ini ana sering mendengar kes murtad di kalangan umat islam di Malaysia dan yang paling sedih dari kisah benar yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat kepada ana (artikel; ‘Dakwah kita Dakyah mereka’)…
ana sangat sedih dan tak tahu apakan tindakan yang wajar untuk kita mainkan peranan. Sehinggakan sahabat tersebut telah membuat satu program khas sebagai usaha mengumpulkan penggerak anti-murtad. Namun kesudahan agenda tersebut tidak pasti bagaimana. Alhamdulillah banyak kesedaran yang diperoleh sepanjang kursus tersebut jika selama ini kita rasa kita telah buat dakwah, benar ker? Berapa orang non-muslim yang telah kita sampaikan kepadanya kebenaran islam??? Hakikatnya kita bukan berdakwah tapi mengislahkan(memperbaiki masyarakat islam SAHAJA).
Menurut Brother Lim Jooi Soon statistik menunjukkan selepas merdeka, kurang 57 000 orang yg memeluk islam, manakala 1.5million orang memeluk Kristian. Kenapa jadi begitu? Sedangkan kita tahu agama yang diredhai Allah hanyalah agama islam…tapi agama lain yang tidak Nampak hakikat kebenarannya Berjaya menarik ramai pengikut, apa yang kita buat? Kenapa dakyah mereka lebih laju sedangkan kebenaran yang mereka bawa boleh dipertikaikan.
Kenapa bangsa lain (Cina, India) prefer Christianity compared to Islam? Kristian bukanlah agama yg benar. Kristian bukanlah agama yg baik. Tapi pendakwah2 Kristian berjaya menarik ramai orang untuk menerima agama yg penuh dengan kesalahan, percanggahan, dan kekeliruan itu. Berbanding dengan Islam, kita katakan Islam adalah satu agama yg benar, satu agama yg cukup indah. Tiada sebarang kesalahan dan percanggahan dlm kitab suci umat Islam. Islam adalah kebenaran. Jadi kenapakah umat Islam takut untuk menyampaikan kebenaran??
Memperlajari asas usul agama Kristian yang disampaikan oleh UsTaz Muhammed Amin Yaakob, yang merupakan seorang pengkaji ilmu pembandingan agama Islam-Kristian membuatkan ana bertambah-tambah yakin akan kebenaran Islam, kerana dalam Bible juga terdapat beratus-ratus bukti mengatakan islam itu benar. Cumanya kefahaman penganut Kristian telah dipesongkan oleh Paderi besar meraka,St.Paul.
Seterusnya pembentangan oleh UsTaz Kamaruzzaman seorang india-muslim mengenai asal usul agama Hindu, bukan bahan jenaka tapi itulah hakikat apabila kami didedahkan bagaimana asal kepercayaan agama Hindu, kami geli-hati dan ketawa kerana ibarat sebuah cerita mitos yang memang tak masuk aqal, maaf. Mungkin tidak sepatutnya ana ceritakan di sini panjang lebar tapi itulah hakikat yang diceritakan oleh seorang bekas penganut agama Hindu. Membandingkan agama Hindu membuatkan ana menitis airmata kerana merasai nikmatnya dilahirkan dalam agama islam. Ana amat simpati dengan mereka yang bukan islam. Ana tidak perlu mencari-cari lagi kebenaran agama di dunia ini, tidak perlu menghadapi cabaran untuk menukar agama kerana inilah agama yang haq dan benar. Tapi ana mesti terus mengkaji dan mendalami islam, supaya ana tak nak jadi pewaris pengikut semata-mata.
Seterusnya Brother Lim, pula membentangkan tentang asal usul agama Buddha. Rupanya asal agama Buddda dicedok dari agama Hindu maka, lebih kurang jer ceritanyer Cuma terdapat beberapa perbezaan dari sudut amalan.
Masih ada dua fasa yang perlu ana lalu…di mana fasa ketiga nanti ana berpeluang memasuki gereja dan berdialog dengan paderi…erm, menarik walaupun bunyi macam mencabar. Tapi tak pe kami akan dibimbing bagaimana situasi tersebut. Mungkin bukan mencari pasal Cuma persediaan menghadapi kemungkinan yang selama ini ana sebagai umat islam ‘tidur’ dari isu ini.
…tak salah menambah ilmu, sekalipun takut nak berdakwah sekurangnya ilmu ini mengukuhkan lagi aqidah kita, bimbang-bimbang suatu hari nanti kita ditanya soalan-soalan cepumas oleh non-muslim…
contoh;
1. Kamu islam percaya Allah Maha Adil, orang Islam mati masuk Syurga dan orang bukan Islam mati masuk neraka…adilkan itu?
2. Kenapa Allah tidak jadikan semua manusia beragama islam dan ujilah tengok siapa yang lebih baik untuk masuk syurga atau neraka..
3. Kenapa Islam menindas wanita? Lelaki boleh tunjuk kecantikannya tak perlu tutup tubuh banyak-banyak, tapi wanita kena tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. maka golongan wanita tidak dapat kebebasan seperti lelaki dapat?
4.Nabi Muhammad SAW nabi yang terakhir, tapi akhir zaman nanti umat islam turut beriman yang nabi Isa a.s akan muncul, jadi nabi Isa a.s juga nabi yang terakhir.
Dan banyak lagi…soalan-soalan yang mungkin kita tak dapat jawab secara langsung…tapi jangan risau tips jawapan yang berhikmah akan diajar…semasa Bro.Lim mengajukan pertanyaan yang sering diajukan oleh non-muslim secara bertalu-talu kepada kami, semua peserta mendiamkan diri. Mungkin pening nak jawab dan bimbang tersalah jawab, tapi setelah skema jawapan yang berhikmah diberikan, baru rasa macam mudah jer nak berhujah pasal agama dengan non-muslim…namun hakikatnya diriku ini masih jahil dan dhaif dalam agama.
Sekian dulu laporan fasa 1, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini;
“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”
ANJURAN PERKIM AMPANG
OBJEKTIF PROGRAM:
1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF
TAJUK-TAJUK CERAMAH:
-KEWAJIPAN BERDAKWAH-SEJARAH AGAMA KRISTIAN
-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU
-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
-QURAN, BIBLE DAN SAINS-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF
PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed
Program 2009:
Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis
Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis
Fasa Tiga
28-29 Mac
Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor
Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang
Yuran :
RM100 untuk pelajar, RM120 untuk yg bekerja
(makan,buku, dan bahan2 dakwah. Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)
Hubungi:
Bro Lim Jooi Soon
012-3661121
abdlim
sekian terima kasih =p...
~wallahu'alam bisawab~
No comments:
Post a Comment