Tuesday, July 7, 2009

~…A LonG DeSTiNy…~

oleh : Ummu Sumayyah


Selepas membaca buku ‘Umat islam di kepung dari segala penjuru’ karya Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaly menjadikan permusafiran kali ini sungguh bererti kerana setiap inci perjalanan akan ku tadabburi semula dengan hakikat yang telah cuba difahami. Sedia dimaklumi tetapi sering dilupakan manusia bahawa dunia ini hanyalah persinggahan seketika demi meneruskan perjalanan panjang yang kekal abadi di akhirat nanti.

Setiap kali menjadi tetamu kepada sesebuah keluarga atau mukim ana segera teringatkan misalan yang terkandung dalam buku tersebut, iaitu misalan yang sinonim dengan sabda Rasulullah shalallahu alayhi wassalam ;

“Apalah yang boleh kumiliki dari dunia ini? Perumpamaan diriku dan perumpamaan dunia ini ibarat seorang pengembara yang beristirahat di bawah pohon, dan kemudian meninggalkannya lalu meneruskan perjalanannya kembali.” Hadith sahih riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah,dan Ahmad

Namun, permusafiran di dunia ini boleh juga dimisalkan dengan seseorang yang bertamu di rumah seorang yang kaya-raya. Rumahnya ibarat istana dan mempunyai ramai pelayan. Pada suatu ketika si kaya itu menjemput orang ramai bertamu ke rumahnya. Para tetamu terpegun melihat keindahan suasan dalam rumah tersebut serta kelengkapan yang kebanyakkan bersadur emas dan intan belian.

Maka orang yang berakal akan mengerti bahawa semua adalah perhiasan dan milik tuan rumah tersebut. Sehingga dia menikmati peralatan dan makanan yang dihidangkan selama keberadaannya di dalam rumah tersebut. Hatinya tidak terikat dengannya, dan tidak pula membisiki jiwanya untuk memilikinya. Akan tetapi, dia bersandar kepada pemilik rumah itu sebagaimana layaknya seorang tetamu bersandar dan duduk ditempat yang disediakan, makan dari apa yang dihidangkan kepadanya, dan tidak meminta selain dari pada itu, kerana merasa cukup dengan pengertian dan kedermawanan pemilik rumah itu, dan dengan apa yang diperbuatnya kepada tetamunya. Sehingga dia masuk ke dalam rumah dalam keadaan mulia, menikmati di dalamnya dalam keadaan mulia, dan meninggalkannya pun dalam keadaan mulia pula, serta pemilik rumah tidak mencelanya.

Sebaliknya pula, orang yang kurang mengunakan nikmat akal yang diberikan, maka dia membisiki jiwanya agar tinggal di dalam rumah itu, dan mengambil peralatan-peralatan tersebut untuk menjadi miliknya. Dia berbuat di dalamnya menurut syahwat dan kehendaknya. Dia memilih-milih tempat duduk untuk dirinya, dan memindahkan dan menyembunyikan peralatan tersebut ke tempat lain di dalam rumah. Setiap kali pemilik rumah. Setiap kali pemilik rumah menghidangakan sesuatu atau peralatan tertentu kepadanya , dia membisiki jiwanya agar memilikinya dan mengkhususkan bagi dirinya seorang sahaja. Padahal pemilik rumah menyedari tindak-tanduknya yang tidak beradab dan berjiwa busuk. Hanya saja sifat kedermawanan tuan rumah menghalanginya untuk mengeluarkan dia dari rumahnya.

Sehingga sampai ketika pemilik rumah mengira orang tersebut telah melampaui batasan kerana bertindak sewenang-wenang terhadap peralatan-peralatan, dan mengusai rumah tersebut, serta bertindak di dalam rumahnnya dan pada perkakas rumahnya seakan-akan dia adalah pemilik sebenar, dan menetap serta menjadikan rumah tersebut sebagai tempat tinggalnya, maka pemilik rumah tersebut telah mengutuskan pekerjanya untuk menghalau orang tadi dan menarik kembali semua apa yang ada di tangannya, sehingga dia tidak membawa apapun dari perhiasan rumah tersebut. Malahan dia memperoleh kemurkaan dari pemilik rumah dan terbongkarlah segala aibnya dihadapannya dan dihadapan semua tetamu dan isi rumah tersebut.

Demikian sedikit dari pelbagai jenis perumpamaan yang sesuai dengan hakikat dunia dari kacamata islam. Abdullah bin Mas’ud radiallahu anha berkata ;

Setiap manusia di dunia ini adalah tamu, dan harta bendanya adalah pinjaman. Sedangkan tamu itu pasti pulang kembal, dan harta pinjaman itu harus dikembalikan.” – Al-Baihaqi (Syu’abul Iman).

~cetusan idea sepanjang bertamu : 4 – 27 Jun 2009, Darul Quran Al-Wildan, kg sg.salak batu 10, Gombak.

Dipetik dan diubahsuai dari kitab karangan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilaly –murid senior Syaikh Nashiruddin al-Albani, bertajuk, ‘ Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru’. Terbitan Pustaka Darul Ilmi.

2 comments:

Ariff Arifin said...

Dipetik dan diubahsuai dari kitab karangan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilaly –senior Syaikh Nashiruddin al-Albani, bertajuk, ‘ Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru’. Terbitan Pustaka Darul Ilmi.

-------

Murid senior.

~UmMu SuMayYah aZiZaH binTu JaBaR ~ said...

owh ..syukran.