bismillah~
Terlebih dahulu tujuan ana menulis ini sekadar memenuhi pertanyaan beberapa orang sahabat yang bertanyakan bagaimana nak melupakan orang yang kita sukai samaada jejaka atau gadis…tapi tak taw lah jika ada yang sedang mujahadah nak melupakan Datuk atau Datin..he3
Tidaklah bermakna ana yang ditanya dan menjawab soalan ini seorang yang ‘suci’ hatinya sehingga layak memberi nasihat. Mungkin sekadar perkongsian dari pengalaman ana atau orang lain dan bersamalah kita bermujahadah mencari Taqwa demi meraih redha-NYA.
Pelik tak? nak menghafal sesuatu surah, hadith, atau formula punyalah susah…tapi senang pula lupa. Tapi bab orang yang kita suka nie bila nak lupakan, aduss peritnya. Asyik teringat je, macam mana nieh? sebab bab menghafal nie lebih melibatkan aqal fikiran tapi bab berPerasaan nie manusia memang kerap berlebih-lebihan.
Beruntunglah insan-insan yang dipelihara Allah Taala akan hatinya dari jatuh hati pada insan berlainan jantina. Bertuah sungguh apabila seseorang dapat memelihara cintanya hanya untuk pasangan yang halal. Malah keindahan bercinta selepas nikah itu tidak dapat digambarkan melainkan dapat dirasai dibawah lembayung mawaddah wa rahmah dari –NYA.
Tidak terkurang banyaknya yang pernah jatuh hati. Itu fitrah, tidak normal la jika tak jatuh hati. Terlalu subjektif nak buat kesimpulan secara keseluruhan.
Apapun persoalan di sini bagaimana jika seseorang itu telah jatuh hati kerana agama yang ada pada seseorang itu? Bukan kerana kecantikan tetapi agama dan akhlak. Setelah lama menjaga hati, dan cuba mendekati melalui jalan syariat, bukan terus sergah nak berkenalan dan bercouple, tetapi dengan niat mahu sunting menjadi pasangan hidup. Selidik punya selidik rupanya sudah dicop orang lain.
Imam Muslim berkata, Rasulullah shalallahu alayhi wasalam bersabda:
“bab haramnya (seorang lelaki) melamar (wanita yang telah) dilamar saudaranya sehingga ia (saudara tersebut) mengizinkan atau meninggalkan lamarannya”. (HR Muslim 2/1030)
Ibnu Umar radiallahu anha berkata, Rasulullah shalallahu alayhi wasalam bersabda:“Hendaknya seseorang itu tidak menjual atas jualan saudaranya, dan hendaknya tidak melamar atas lamaran saudaranya kecuali jika saudaranya tersebut mengizinkannya” (HR Muslim 4/138)
Maka, hajat tidak kesampaian kecewa mesti ada. Itu normal sebagai manusia. Tetapi bagaimanakah cara nak melupakan?.... Menjerit kat atas bukit? Bawa motor laju-laju kat highway? Makan banyak-banyak atau mogok lapar? Dan sebagainya yang tidak membawa makna malah silap langkah membinasakan diri? Jawapan sebegitu hanya apabila orang yang tidak mengunakan agama sebagai jalan hidup. Persoalan kes di atas menyukai kerana agama, maka tentu orang yang suka itu memilih agama juga sebagai jalan hidup.
Sebab nabi shalallah alayhi wasalam sudah menekankan antara 4 sebab wanita dinikahi yang wajib diutamakan adalah agama.
Nabi shalallah alayhi wasalam bersabda;
“dinikahi wanita itu kerana 4 perkara kerana hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.” [HR al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5090 (Kitab al-Nikah, Bab yang paling sesuai adalah pada agamanya)]
Lantas bagaimana hendak menenangkan hati yang mungkin agak kecewa dan meneutralkan perasaan untuk terus berusaha dalam langkah taqwa pada-NYA?
Pertamanya, hendaklah kita berSABAR dan yakin bahawa Allah Taala telah menetapkan siapa JODOH kita sejak azali lagi.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah shalallah alayhi wasalam seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah Taala di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Seterusnya….boleh baca fekah menghadapi kegagalan dari blog Ustaz Emran =) http://ustaz.blogspot.com/2009/11/feqah-menghadapi-kegagalan.html
Bukan sengaja nak promote tetapi memang nak suruh ramai baca blog beliau yang berkarya dari hasil pengalaman, dan perkongsian ilmu dari pengalaman itu lebih bermakna. Dan jangan lupa baca juga artikel mengenai Salah Faham Umat Islam Berkenaan Jodoh dan Pasangan.
Kesimpulannya janganlah kita berasa lemah dan membuka ruang untuk berfikir negatif, tetapi positif dan optimislah kerana orang beriman itu menyakini selalunya KEMAHUAN dirinya melebihi KEPERLUAN yang sepatutnya, kerana Allah Taala telah berfirman;
“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Taala mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (surah Al-Baqarah ayat 216)
Teruskan usaha dengan jalan syariat yang ada. Mungkin kegagalan, kepedihan, kesakitan dan keperitan yang dirasai kerana Allah Taala nak persiapkan diri kita dengan cabaran dan ujian yang lebih hebat kelak. Tidakkah kita berasa bertuah dipilih untuk diberi ujian sebegitu adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita? Berapa ramai yang merasakan hidup ini semudah kehendak nafsu-nafsi lantas diri semakin jauh dari Allah Taala, kerana ujian baginya menjadikan dia semakin kufur. Juga mungkin Allah Taala mahu mengantikan dengan lebih baik disebalik kesabaran kita.
Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi Dari riwayat Abu Hurairah radiallahu anha bahawa sesungguhnya nabi Shalallahu alayhi wasalam bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).
Sebelum kalam terakhir, suka ana berpesan pada diri dan saudara-saudari yang masih bujang, kembalilah meletakkan diri pada piramid kecintaan. Cintailah ALLAH TAALA, RASULULLAH Shalallahu alayhi wasalam, dan kemudian baru manusia (ibu bapa,keluarga, suami/isteri dan ummat islam). Rasailah nikmatnya cinta Allah Taala dan Kekasih Agung-NYA Rasulullah shalallah alayhi wasalam lantas kita akan temui hakikat kecintaan yang sebenar.
Apapun pernikahan itu hanya sebagai ALAT yang mampu digunakan untuk meraih Redha Allah Taala. Format perjalanan menuju kematian ini hanya perlu fokus 3 perkara ;
Daripada Abu Hurairah Radiallahu anha, sabda Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam:“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Muslim.)
Teruslah menuntut ilmu supaya dapat menjadi saham untuk kita di akhirat apabila ilmu itu diajarkan dan dimanfaatkan, bersedekahlah tanpa perlu risau miskin di dunia tetapi risaulah jika miskin di ‘sana’ dan seterusnya bagaimana nak dapat anak yang soleh??? Lantas segerakan pernikahan bagi yang ‘mampu’ dan yang pasti jalan syariat itulah yang membantu.
Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi Shalallahu alayhi wasalam pada suatu hari dan baginda bersabda : "Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH.
Allahu'alam biwasab~
6 comments:
Ukhti, artikel yg bagus jg.huhu. bawa motor laju2 eh?menjerit kat highway?mogok lapar? macam tak sesuai je.hehe. kite kene slalu positif. ada hikmah atas segala yang berlaku. Pengalaman hari ini jadi bekalan utk hari esok, agar kite mjadi semakin matang
::kdg2 kita rase kita matang tapi org tengok kite sebenarnya tak matang. sebab emosi menjadi raja dlm setiap tindakan.
~ana cuba berkata berdasarkan realiti yang ada. Jangan tak percaya ada seorang muslimah serba salah sangat menolak cinta seorang lelaki, sebab selepaS cinta lelaki tersebut ditolak dia 'frust' then bawa moto laju2 hingga excident...aiyoo, tak perlu rasa bersalah, lelaki tuh tak sayang diri, sapa suruh ikut perasaan.
~na'am ukhti, emosi itu mengambarkan tahap kematangan tak terkecuali keIMANAN. kami pernah belajar dalam palapes@rotu 'bertindak dibawah tekanan', maksudnya tuan2 sengaja buat kami marah untuk melihat adakah kami masih akur pada arahan...dan hakikatnya tak perlu masuk rotu nk belajar erti 'strong' silibus IsLam da lengkap, cuma tunggu tindakan ja~
Terima kasih untuk posting ini .
tak mau lah bawa motor..nak bawak kereta lah..huhu=p
thank u so much, i like=)
ramai yang suka ka entry nie? =p
adakah sahabat2ku dlm kecewa?
alhamdulillah jika bermanfaat moga dapat jadi saham ana 'di sana'.
-selalunya yang berkata terlebih dahulu akan diuji dengan apa yg dikata...'Ya Allah jadikanlah ujian itu sebagai terapi cintaku pada-MU'
p/s; izzati bawa kereta mlm2 kdg kena pasang lmpu tinggi nanti tak nampak gaung kt depan =p~
oh, perli! =p
Post a Comment